Memadu
asmara di tempat awam Pasangan kekasih yang dirakam ketika memadu
asmara di Padang Kota Lama. GEORGETOWN - Gelagat pasangan kekasih yang
memadu asmara di tempat awam termasuk di Padang Kota Lama mengundang
rasa tidak selesa pengunjung di kawasan berkenaan. Seorang pengunjung,
Nur Hidayah Azemi, 35, berkata, baru-baru ini dia ada terserempak dengan
sepasang kekasih yang berkelakuan kurang sopan di Padang Kota Lama.
Menurutnya, kerana terlalu geram dengan pasangan berkenaan yang tidak
segan silu melakukan perbuatan itu, dia bertindak memuat naik gambar
perlakuan pasangan terbabit di laman sosial. "Ketika itu, wanita
berkenaan duduk di atas riba kekasihnya dan berpeluk tanpa menghiraukan
orang ramai yang lalu di situ. "Malah waktu itu, saya yang keluar
bersama anak terpaksa menutup pandangan mereka bagi mengelakkan mereka
melihat perbuatan tidak senonoh itu," katanya. Nur Hidayah turut
meluahkan rasa kecewanya kerana orang ramai tidak menegur perbuatan
tidak sopan pasangan berkenaan. "Selain di Padang Kota Lama, kejadian
seumpama ini juga turut berlaku di beberapa lokasi awam lain. "Oleh itu,
saya berharap pihak yang bertanggungjawab mengambil tindakan tegas
terhadap pasangan kekasih yang berkelakuan seumpama itu," katanya.
Sementara itu, Rahmat Satar, 43, pula berkata, dia juga kesal dengan
perbuatan remaja yang sering memadu asmara di tempat awam. Katanya,
kejadian sebegini sering berlaku pada waktu musim cuti persekolahan.
"Jadi kalau boleh ibu bapa yang ada anak remaja sila pantau anak-anak
mereka,” katanya. Malah tinjauan Sinar

No comments:
Post a Comment